Pesanan 8 Februari
Pelajaran surat rasmi telahpun selesai. Pastikan kamu lakukan perkara-perkara di bawah ini dengan sempurna :
- Failkan draf 1, draf 2 dan surat yang telahpun sempurna ( ditaip kemas ) - kumpulan
- Hantarkan surat rasmi ( latihan ) pada hari Jumaat ( tulis tangan ) - individu
Pada hari Jumaat ini kamu akan teruskan dengan penyelidikan dan perbincangan kamu. Kamu juga boleh mula merancang isi kandungan slaid-slaid kamu. Sila perhatikan peringatan di bawah ini :
- Segala aktiviti yang dilakukan dalam setiap kelas bahasa Melayu, dicatatkan di dalam muka surat kandungan fail Projek Budaya ( bahagian gred catatkan - )
- Setiap kali berkunjung ke makmal, kamu harus buka blog projekbudaya3e.
- Blog kumpulan harus hidup - bererti gunakanlah ruangan tersebut untuk kongsi maklumat, sumbang idea / maklumat/ bincang dengan kumpulan lain untuk mendapatkan idea/ bertanya-tanya jika ada keraguan dan sebagainya. Blog kumpulan ini harus sentiasa dibuka dan 'dikecilkan' supaya dapat memudahkan kamu.
- Renungan harus ditulis pada hujung setiap minggu ( di makmal pada hari Jumaat ataupun di rumah pada hujung minggu ) - harus mengandungi maklumat tentang apa yang telah dilalui dalam proses melengkapkan projek ( dari segi kerjasama, payahnya mencari maklumat dan sebagainya ). Boleh juga mengandungi hal-hal lain yang dialami di sekolah mahupun di luar sekolah.
Jika ada kemusykilan sila tanya saya ( klik ikon 'comments' - kemudian taipkan pertanyaan kamu )