Pesanan Rabu 1 Feb 2006
Kepada mereka yang telah mengikut arahan dan melaksanakan tugas dengan sempurna - SYABAS ! Kepada yang lain......saya harap awak tidak menghampakan saya lagi ya. Ingat, pada hari Jumaat ini saya mahu perkara-perkara tersebut :-
- Fail Projek Budaya ( yang sudah lengkap isi kandungannya - pastikan markah-markah telahpun dimasukkan ke dalam ruangan muka surat kandungan )
- Dalam fail harus ada - Catatan yang sudah ditaip, Renungan 1 yang telah disemak, Kertas Kerja yang telah disemak dan surat Rasmi yang telah disemak.
- Kemaskini BLOG - Pastikan Renungan 2 telahpun dinaikmuatkan & Kertas Kerja - Terkini juga.
Buat pembetulan Surat Rasmi. Kamu boleh taipkannya ataupun tulis tangan ( saya galakkan awak menaipkannya ). Berikan saya surat yang telah dibetulkan pada hari Khamis, selepas waktu sekolah, paling lewat pada pukul 3 petang. Awak juga boleh menghantarkannya melalui e-mel saya ataupun 'Folder' saya - Tugasan 3E.
Cara-cara buat pembetulan :
Untuk perbaiki bahasa - Berikan nombor untuk ayat yang salah. Kemudian betulkannya ( pastikan kamu berikan nombor yang sama untuk ayat yang telah dibetulkan )
Untuk perbaiki isi - Tulis semula perenggan tersebut dengan memasukkan isi baru / telah diperbaiki.
Pertanyaan lanjut sila jumpa saya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home