Projek Budaya 3E

5/05/2006

Pesanan 5 Mei 206

Baiklah semua, peperiksaan akan bermula pada hari Isnin. Semua perkara yang ingin saya sampaikan telahpun saya lakukan. Cuma pesanan saya ialah, rujuk kembali semua nota yang ada dan buatlah ulang kaji sebelum menduduki kertas peperiksaan.

Imbas kembali.....
Kertas 1 ( Bhg A )
Jawab satu soalan daripada Bhg A ( Pilih antara surat rasmi dengan dialog ) - Apa jua pilihan kamu sila rujuk format surat / dialog - jika lupa atau kehilangan nota - rujuk tintaprss.com - 'Guru Siber'.

Kertas 1 ( Bhg B )
Jawab satu soalan sahaja - sila buat rangka dahulu ( perancangan) sebelum mula menulis - lat baris !!! Buat draf dahulu - awak ada 2 jam !!! Jangan tergesa-gesa - bahagikan masa dengan bijak - bhg A ( 30-40 minit ) - Bhg B (1 jam 15 minit ) - 5 minit terakhir - semak semula.

Kertas 2
Format sama dengan kertas latihan ( 3 set ) yang telah saya berikan. Ingat pesanan saya pada Jumaat lalu. Sebelum cuba menjawab setipa bahagian , ingat kembali pesanan dan nasihat saya supaya tidak melakukan kesalahan yang tidak patut dilakukan.

Ingat apabila membina ayat- ayat itu haruslah mengeluarkan maksud perkatan.

Peringatan Untuk 2 Kumpulan Projek Budaya ( Kumpulan Suzaina & Yasirah )
Buat masa ini, markah kamu untuk surat rasmi kumpulan ialah 0 kerana saya tidak ada fail kamu. Disebabkan ini juga kumpulan kamu akan didenda - potong markah kerana gagal menghantar fail pada waktu yang telah ditetapkan. Bagi kumpulan lain - sila ambil fail kamu di "pigeon hole" saya - (para-para buku) pada pagi Isnin. Masih ada kumpulan yang masih belum menaikmuatkan surat rasmi & ucapan mereka ke dalam blog kumpulan, sila buat demikian - selewat-lewatnya pada 26 Mei 2006 ( sebelum cuti sekolah bulan Jun ).

Selamat Maju Jaya !!
Cikgu.


4/24/2006

Pantun - Persembahan Projek Budaya

Pada hari ini kita telahpun menyaksikan persembahan kumpulan Kacang-Kacang. Kini tibalah masanya untuk kita berbalas pantun. Sila taipkan 3 rangkap pantun di dalam blog kumpulan. Kumpulan lain, dikehendaki membalas pantun kumpulan lain. Di sini, saya ada lampirkan 2 rangkap pantun untuk dijawab:

Bunga mawar harum sekali
Dibeli ibu di pagi hari
Harum sungguh saudari hari ini
Haruman jenama apa yang saudari beli ?

Farisshafiq terkinja-kinja
Macam kera yang terkena duri
Hari jadimu sudah hampir tiba
Hadiah apa yang kamu ingini ?

Cikgu

4/05/2006

Pesanan 5 April 2006

Kepada para pelajarku sekalian, di sini ada beberapa peringatan untuk kamu.
  • Kerja rumah yang diberikan setiap minggu ( Kosa Kata / Imbuhan / dll ) haruslah dihantar pada setiap hari Jumaat pada minggu tersebut. Jika pada hari Jumaat itu merupakan cuti umum, hantarkannya pada hari Isnin.
  • Baca dan fahamkan peribahasa ( Senarai boleh didapati di tintaprss.com ). Cari makna semua perkataan susah yang terdapat dalam peribahasa. Perbincangan akan dimulakan pada 24 April.
  • Jika ada pertanyaan, sila komen di blog ini.

Cikgu

2/24/2006

Pesanan 24 Februari

Wahai para pelajarku yang baik-baik belaka ( hmm ), hari ini tibalah masanya untuk melaksanakan perkara-perkara tersebut :-
  • Renungan minggu ini
  • Bod Cerita ( teruskan ) = Jumpa saya untuk mendapat pengesahan sebelum membuat slaid. Jika saya ada suruh kamu perbaiki bod cerita, sila buat demikian dan hantarkan bod cerita yang telahpun diperbaiki. Setelah bod cerita diluluskan, baru kamu boleh mulakan slaid-slaid . Ingat - bod cerita harus selesai pada hujung minggu hadapan ( 3 Mac ) !

Pengumuman : Pada hari Isnin depan - Ujian CA 2

Pada minggu hadapan saya akan adakan pengajaran penulisan 'Ucapan' dan 'Dialog' - kedua-dua topik ini diperlukan dalam perlaksaan projek kamu.

2/15/2006

Pesanan 15 Februari

Tugas di makmal

  • Teruskan penyelidikan !
  • Boleh mulakan bod cerita dalam minggu ini. Bod cerita harus 90% lengkap sebelum tiba bulan Mac.
  • Mula lakarkan jadual waktu ( luar waktu sekolah ) untuk siapkan bahan seperti video dan sebagainya.
  • Fikirkan juga aktiviti yang boleh dilakukan di akhir persembahan. Fikirkan sesuatu yang menarik yang melibatkan penyertaan setiap pelajar dalam kelas ini.

Pesanan lain

  • Saya akan letakkan surat kiriman yang telah selamat disemak di kotak saya "pigeon hole". Sila ambil dan buat pembetulan di rumah. ( agak-agak pada pukul 2 ptg, awak boleh mula ambil ) - Failkan ke dalam Fail Bahasa Melayu ( yang berwarna kelabu - semua tugas individu harus dimasukkan ke dalam fail individu )
  • Borang Edusave harus dibawa esok. Setiap kelas harus ada seorang wakil untuk pungut borang tersebut. Letakkan borang tersebut di kotak saya. Pastikan awak tandakan siapa yang bawa / tidak bawa borang.
  • Ujian SKR akan dijalankan pada hari Jumaat.
  • Ujian CA2 ( Bahasa & Kefahaman Subjektif akan dijalankan pada minggu 9 ( hari Isnin ).

2/13/2006

Pesanan 13 Februari

Baiklah para pelajarku yang bijak bestari. Pada hari ini kamu dikehendaki meneruskan dengan penyelidikan masing-masing. Jangan lupa untuk mencatatkan maklumat penting, dan juga alamat lelamannya. ( ingat isu hak cipta ! ) Setelah itu, gunakanlah bod cerita bagi membuat rangka slaid masing-masing. Baiklah selain daripada membuat penyelidikan, untuk merehatkan minda kamu silalah jawab soalan-soalan di bawah ini. Masukanlah jawapan kamu di bahagian komen mesej ini !

  • Apakah pandangan kamu tentang rancangan hiburan Pesta Pesta Pesta ? Berikanlah alasan bagi jawapan kamu ya.
  • Esok merupakan Hari Kekasih. Walaupun ianya bukan merupakan budaya kita ( orang Melayu Islam ) tetapi saya percaya ramai yang akan melakukan sesuatu pada hari itu. Apakah pandangan kamu tentang Hari Kekasih ? Apakah rancangan kamu pada hari tersebut ?

Selamat bertugas !!!!!

2/08/2006

Pesanan 8 Februari

Pelajaran surat rasmi telahpun selesai. Pastikan kamu lakukan perkara-perkara di bawah ini dengan sempurna :
  • Failkan draf 1, draf 2 dan surat yang telahpun sempurna ( ditaip kemas ) - kumpulan
  • Hantarkan surat rasmi ( latihan ) pada hari Jumaat ( tulis tangan ) - individu

Pada hari Jumaat ini kamu akan teruskan dengan penyelidikan dan perbincangan kamu. Kamu juga boleh mula merancang isi kandungan slaid-slaid kamu. Sila perhatikan peringatan di bawah ini :

  1. Segala aktiviti yang dilakukan dalam setiap kelas bahasa Melayu, dicatatkan di dalam muka surat kandungan fail Projek Budaya ( bahagian gred catatkan - )
  2. Setiap kali berkunjung ke makmal, kamu harus buka blog projekbudaya3e.
  3. Blog kumpulan harus hidup - bererti gunakanlah ruangan tersebut untuk kongsi maklumat, sumbang idea / maklumat/ bincang dengan kumpulan lain untuk mendapatkan idea/ bertanya-tanya jika ada keraguan dan sebagainya. Blog kumpulan ini harus sentiasa dibuka dan 'dikecilkan' supaya dapat memudahkan kamu.
  4. Renungan harus ditulis pada hujung setiap minggu ( di makmal pada hari Jumaat ataupun di rumah pada hujung minggu ) - harus mengandungi maklumat tentang apa yang telah dilalui dalam proses melengkapkan projek ( dari segi kerjasama, payahnya mencari maklumat dan sebagainya ). Boleh juga mengandungi hal-hal lain yang dialami di sekolah mahupun di luar sekolah.

Jika ada kemusykilan sila tanya saya ( klik ikon 'comments' - kemudian taipkan pertanyaan kamu )