Kertas Kerja
- Baiklah, semua kertas kerja telahpun selamat dinaikmuatkan ke dalam blog kumpulan masing-masing. Syabas kepada mereka yang sudah memberi komen kepada kumpulan rakan-rakan yang lain. Ingat ruangan ini tidak mati di situ saja ya, kamu boleh terus menerus memberi sumbangan, saranan, komen dan sebagainya. Blog ini merupakan ruang hidup untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain, di mana jua kita berada !!!!
- Saya akan mencetak dan menyemak semua kertas kerja tersebut. Setelah itu, setiap kumpulan akan memperbaiki kertas kerja masing-masing ( buat pembetulan ) sebelum menaik- muatkannya ke dalam blog dengan memberikan tajuk ' Kertas Kerja - Terkini'. Salinan kerasnya haruslah difailkan. Ingat segala apa yang diterima ataupun yang dipulangkan ( salinan keras ) haruslah dimasukkan ke dalam fail kumpulan. Kamu dikehendaki melakukannya semasa cuti panjang tahun baru Cina.
- Renungan 1 kamu sedang dalam proses disemak. Setelah menerima kembali, saya mahu kamu taipkannya ( yang telah dibetulkan kesalahannya ) ke dalam blog peribadi. Jangan lupa untuk tuliskan tarikh renungan itu ditulis ( 19 Januari 2006 ). Kamu dikehendaki melakukannya semasa cuti panjang tahun baru Cina.
- Salinan keras 'CATATAN' harus diberikan kepada cikgu sebelum Jumaat ini. Jika tidak kamu tidak akan mendapat markah untuk bahagian tersebut !
- Oh ya, seperkara lagi, jangan lupa untuk mencatatkan setiap aktiviti yang dilalui ke dalam muka surat kandungan fail kumpulan !