Pesanan 13 Februari
Baiklah para pelajarku yang bijak bestari. Pada hari ini kamu dikehendaki meneruskan dengan penyelidikan masing-masing. Jangan lupa untuk mencatatkan maklumat penting, dan juga alamat lelamannya. ( ingat isu hak cipta ! ) Setelah itu, gunakanlah bod cerita bagi membuat rangka slaid masing-masing. Baiklah selain daripada membuat penyelidikan, untuk merehatkan minda kamu silalah jawab soalan-soalan di bawah ini. Masukanlah jawapan kamu di bahagian komen mesej ini !
- Apakah pandangan kamu tentang rancangan hiburan Pesta Pesta Pesta ? Berikanlah alasan bagi jawapan kamu ya.
- Esok merupakan Hari Kekasih. Walaupun ianya bukan merupakan budaya kita ( orang Melayu Islam ) tetapi saya percaya ramai yang akan melakukan sesuatu pada hari itu. Apakah pandangan kamu tentang Hari Kekasih ? Apakah rancangan kamu pada hari tersebut ?
Selamat bertugas !!!!!
12 Comments:
At 11:01 AM, steelkiss suzaina said…
This comment has been removed by a blog administrator.
At 11:02 AM, sakinah said…
saya rasa pesta pesta pesta yang ditayangkan di suria amatlah menarik. anugerah yang diberikan begitu lain daripada lain. seperti anugerah "penyokong yang paling heboh".
walaubagaimana pun, saya rasa ada sebahagian para penonton di studio kurang sopan dari segi sorakkan.
At 11:06 AM, Sue.ryana said…
Rancangan Pesta Pesta Pesta...Ia amat melucukan~Saya dan ibu saya tidak kering gusi melihat gelagat para artis membuat persembahan mereka.Terutama sekali apabila Suhaimi Yusuf muncul dengan pakaian Cina dan dandanan yang amat tebal dan serba tidak kena dengannya.Kemudian,kesemua pemenang-pemenangnya lantas menang kerana mereka memang berbakat dan berkebolehan...Saya tidak dapat menonton seluruh rancangan kerana saya harus melayan tetamu...Saya hanya mencuri-curi tonton rancangan itu...Saya amat terhibur dengan rancangan itu!!
Esok Hari Kekasih...Bagi saya hari itu tidak akan bermakna tanpa orang yang tersayang...Tidak semestinya orang itu harus seorang jejaka...Kita juga boleh menunjuk kasih sayang kepada ahli keluarga sendiri.Tetapi pada saya,lebih seronok jika ada seseorang yang istimewa...Tetapi,saya tidak ada orang istimewa itu...Hehe~Hanya pernah sekali iaitu paha tahun lepas,rakan saya dari Australia menelefon saya memberi ucapan Hari Kekasih[walaupun kami bukan pasangan~~]Sudahla..Dah habis pun saya komen...Sampai berjumpa lagi!!!Tata Titi Tutu!!! =D
At 11:11 AM, Anonymous said…
Jawapan
1. Pada pandangan saya, rancangan hiburan Pesta Pesta Pesta amat melucukan kerana rancangan tersebut penuh dengan kejutan.
2. Pada pendapat saya, Hari Kekasih adalah hari untuk pasangan dan juga untuk kawan-kawan berkumpul dan bersoronok. Pada Hari Kekasih, saya merancang untuk membeli kek untuk keluarga saya dan mengucapkan Hari Kekasih pada semua orang yang saya jumpai.
At 11:12 AM, Sue.ryana said…
This comment has been removed by a blog administrator.
At 11:15 AM, iralalala said…
Saya menonton pesta pesta pesta. Rancangan itu sangat menarik. Fauzie Laily dan Haizad comel. Makcik Mariah macam orang gila. Pekikan dia sungguh kelakar. Dia mempunyai sedikit gigi sahaja.
Besok adalah hari kekasih. Pada pendapat saya, walaupun kita sebagai orang melayu islam tidak harus menyambut hari kekasih, ia tidak salah untuk memberi hadiah kepada orang yang kita sayang.
Saya mahu keluar dengan orang yang saya sayang. <33 .
At 11:15 AM, fishy saje said…
Semalam saya telah menonton rancangan PESTA PESTA PESTA.Ia amat GEREK. Saya hanya menonton separuh jalan kerana saya tertidur kerana terlalu penat daripada LATIHAN NCC. SAYANG SERIBU KALI SAYA TIDAK DAPAT MENONTON HYRUL ANUAR DAN FINALIS ANUGERAH MEMBUAT PERSEMBAHAN ITU.Saya paling suka persembahan daripada beatbox.
esok adalah hari kekasih. Saya rasa yang hari kekasih itu tidak salah.Kami tidak harus mempercayai adat itu bulat-bulat tetapi kami boleh menyambutnya dengan orang yang dikasihi dengan memberi hadiah.
Saya akan menyambut hari istimewa itu dengan seorang lelaki bernama Syahir. Tetapi sayangnya besok dia bekerja. Say aakan menyambut pada hari Rabu jika tiada aral.
At 11:15 AM, farnaa said…
saya rasa pesta pesta pesta sangat menyeronkkan. makcik maria sangat kecoh.nasib saya tidak tertidur setengah jalan menonton pesta pesta pesta. persembahan oleh finalis anugerah sangat memuaskan. persembahan oleh beatbox sangat bagus.
esok hari kekasih. saya rasa walaupun kita tidak seharusnya menyambutnya sebagai orang islam, saya rasa tidak salah untuk memberikan hadiah kepada seseorang yang kita sayangi. kita tidak perlu untuk menunggu untuk hari kasih untuk memberikan hadiah kepada orang yang kita sayangi. saya akan keluar bersama saudara saya untuk membeli - belah kerana dia akan belanja saya.
At 11:15 AM, steelkiss suzaina said…
orang orang singapura akan komen bahawa ianya "GEREK!"
haahah.tetapi ada juga masa yang agak membosankan.anugerah anugerah yang diberikan amat unik dan berlainan seperti nagngis paling gembeng dan penyanyi paling jiwang.haha.taufik batisah memenangi 1 anugerah dan dia masih kelihatan kacak dan tampan seperti selalu!haizad juga amat mempesonakan.hehehe.-suzaina
At 11:36 AM, Unknown said…
Saya rasa rancangan pesta pesta pesta itu sungguh menarik kerana ia termasuk persembahan-persembahan bangsa-bangsa lain dan itu penting untuk mengekalkan keharmonian kaum di Singapura.SELAMAT HARI PERTAHANAN MUTLAK
At 11:39 AM, Anonymous said…
saya menonton pesta pesta pesta. saya rasa suria sepatutnya merancangkan lebih banyak program seperti itu. rancangkan itu sungguh lucu, anugerahnya disampaikan secara tak formal dan sugguh kreative. fauzie laily dan haizad comel. =))
saya juga suka persembahan beatboxer itu dan wicked aura..
At 1:39 PM, cgfilza said…
Saya telahpun membaca semua komen kamu. Saya setuju bahawa rancangan Pesta itu amatlah unik lagi menarik. Gabungan budaya yang ditonjolkan amatlah baik dan berkesan bagi mengekalkan keharmonian kaum.Sungguh kreatif. Tetapi saya juga bersetuju bahawa terdapat sedikit kekurangan adab sopan sepanjang rancangan itu berlangsung, terutama daripada pihak penonton.
Post a Comment
<< Home