Renungan
Setiap minggu setiap pelajar diwajibkan menulis renungan tentang aktiviti yang telah dilalui. Nyatakan perasaan kamu dalam melaksanakan tugas, pandangan atau pendapat kamu tentang sesuatu isu mahupun tentang ahli-ahli yang lain dan kerjasama kumpulan. Setiap renungan haruslah tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Ingat ya, gunakan bahasa baku. Bina ayat yang gramatis dan jangan sesekali menggunakan bahasa pasar ataupun bahasa kasar. Jaga tertib menulis dan prihatin terhadap perasaan orang yang membaca dan orang yang menjadi bahan tulisan kamu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home